Saturday, October 17, 2015

MOVE ON

Assalamualaikum..

People come and go, but family is FOREVER.
Aku tak perlu nak rasa kehilangan pun kalau hilang kawan yang jenis tak tahu nak jaga hati perasaan aku, yang fikir dia sememangnya 100% betul, yang tak tahu apa itu 'respect'.

Ya, maybe kau cuma jadi diri kau. Tapi kau fikir, dengan jadi diri kau yang mcm tu, orang sekeliling kau akan senang dengan perangai kau ke? Kau ingat, bila kau meningkat dewasa nanti, masyarakat sekeliling kau akan sama mcm kawan2 kau yg jenis lapuk, katak bawah tempurung tu ke?

Kau sendiri tak boleh nak suaikan diri kau dengan persekitaran yang up-to-date. Kau bermulut lancang dengan semua org, hati perasaan orang kau ketepikan. Dan kau cuba untuk ajar aku cara hormat orang? Kau buat lawak apa ni?

Ya, mungkin bagi kawan2 kau, benda yang berlaku tu kecil je, tapi kau ingat aku dengan kawan kau tu sama ke cara berfikir? Cara menjaga barang? TAK! Sama sekali tak.

Perlu ke kau rasa hina bila aku suruh kau betulkan kesalahan kau? Aku cuma tunjukkan reaksi yang tegas dan serious, dan kau melenting? Tapi kalau kau layan aku macam tu, apa aku balas? Ada ke aku balas benda yang sama kau buat pada aku?

Kau dan kawan dunia akhirat kau tu dipersilakanlah memulaukan aku, aku tak heran pun weh.

Kalau kau dan ego kau masih sama, jangan haraplah aku nak terima kau balik. Ya, aku mmg bukan alim ulama' yang diyakini syurga dan segala percakapan aku bukanlah diganjarankan pahala. Tapi, aku cuma minta kau muhasabah diri kau balik, sebab kau masih nak deny apa yg orang lain ckp.

JANGAN JADI BODOH!

Monday, October 5, 2015

FOODS

Assalamualaikum readers!

Entry kali ni takde benda nak cakap la kot. Sebab aku dah start lost idea nak update pasal apa. Kuikuikui...

Final on 26th Oct 2015. Goodluck to sthamreans!

Final, final jugak. But I still cannot move on la kalau pasal makanan ni. UGHH.

Sekarang ni aku start buat recipes book. Hehehe... Tapi takde la nak jual ke apa, I mean, recipes book tu just for me. Print out, binding cecantik then I'll use it for myself. Heeee.
Sekarang aku dah start kumpul recipes, ntah la aku rasa eat and cook is my passion. Pelik kan?

Aku rasa malas study, tapi kalau bab masak/makanan, falling in love sangat. Hmmm.

Whuteva.

XOXO
assalamualaikum!

Saturday, August 29, 2015

Ambition.

Assalamualaikum readers.

So today aku nak cerita pasal ambition. Setiap orang dalam dunia ni pasti ada cita-cita, pasti ada keinginan. Aku pun ada keinginan dan cita-cita. Kalau kita nak capai cita-cita kita, kita mestilah belajar rajin-rajin sebab kalau nak jadi doktor, mesti kene ada ilmu sains dan perubatan, kalau nak jadi peguam, mesti kena ada ilmu pendebatan dan bahasa yang kuat serta otak yang ligat berfikir untuk memutar belitkan kenyataan di lawan. Tapi kalau nak jadi tukar  masak atau nak berada dalam bidang culinary, mesti kene ada minat.

Aku minat sangat bidang culinary, aku suka! Mungkin sifat perempuan yang suka memasak, menjadikan aku lebih ingin berkecimpung dalam bidang kedapuran. Aku suka surfing internet tentang resepi-resepi yang aku kegemari, terutama sekali, western dan fastfood. Ya, kita boleh dapatkan fastfood dan western dekat restoren2 atau cafe2 yang popular kalau kita yang nak sedap tekak menelan, tapi kita tahu ke bahan2 dalam masakan/makanan tu? Halal haramnya bahan tu? Menjejaskan kesihatan ataupun tidak.

Satu kelebihan menyertai bidang culinary ni adalah, kita dapat masak benda yang kita selalu makan kat restoren/cafe, tapi kita tahu dan teliti bahan2 yang ada dalam masakan/makanan tersebut. SO, benda tu adalah satu kelebihan yang kita dapat, kita dapat avoid daripada penyakit2 yang boleh masuk dlm badan, dan makanan yang kita masak tu dijamin halal 100%.

Aku belajar dalam bidang science social; drawing engineering. Aku terpaksa ambil sebab mak dan ayah lebih suka aku dalam jurusan science. Tapi aku takdelah minat dan faham sangat apa yang diajar dan apa yang perlu di-belajar. Aku lebih minat bidang masakan, walaupun ada sesetengah hari rasa macam malas gila nak masak even benda tu simple gial; nasi goreng, ikan goreng and whatever yang senang dimasak.

Lumrah manusia ada sifat pemalas dalam diri masing2.

Aku bercita-cita untuk mempunyai sebuat cafe/restaurant yang menyediakan menu yang lazat, halal, berkhasiat, murah dan mengenyangkan. Aku nak ada family business. Senang, kalau untung rugi pun, adik beradik dengan mak dan ayah yang sama sama makan, adil lagi saksama.

InsyaAllah, cita-cita untuk menjadi seorang pelajar bidang culinary ni kekal sampai bila bila sebab aku suka makan dan aku nak makan benda berkhasiat sebab aku malas nak jogging. Hehe...

Friday, July 24, 2015

"Susah senang, sama sama"

Assalamualaikum readers!
Sihat? Happy Eid Mubarak to all Muslims in this world.

Ayat susah senang sama sama, selalu dikaitkan dengan suatu hubungan diantara pasangan manusia, tak kiralah kawan ke, husband wife ke. Ayat susah senang sama sama ni juga lah dah membuatkan diri aku ni bodoh selalu ikut telunjuk orang dan sentiasa diam akan apa yg orang lain buat dkt aku.

Friendship yang terjalin hampir 4 tahun ni, dah membuatkan aku sedar, kita kene move on. Kawan aku dah happy dgn kawan2 dia yang lain, kawan2 dia cantik sangat, kalau nak dibandingkan aku dengan kawan2 dia dan dia, aku ni ibarat makcik cleaner ntah mana. Yela, aku faham, ada kawan yang cantik ni kan nanti akan menaikkan saham diri kauu, ye mana la muka cam aku ni boleh naikkan saham kau, kannnn.

Aku ingat lagi, dulu kau cakap kau nak jadi budak kampung. Nak pakai tudung bawal tutup dada all the time with baju kurung. HAH. Sekarang kau pakai bawal crepe, skinny jeans/legging, flannel shirt/fit blouses/sweatshirt, LOL.

Aku ingat lagi masa kita darjah 6. Aku selalu teman kau balik jalan kaki, sampai kat lorong rumah aku, kita berpecah. Panaaassss. Oh yaaa! Lepas tu cerita Ombak Rindu keluar, kau kata cerita tu best, so aku dgn rajinnya pergilah teman kau beli disc kat kedai cina tu. Takde la best mana, Maya Karin mmg cantik, sebab tu je aku beli.

Masa 4hb Julai 2012, kau belikan aku sekotak minyak wangi. Aku simpan lagi kotak dgn minyak wangi tu sampai sekarang. Ada je dalam drawer. Masa akhir tahun, kau kene langgar dengan lori mana ntah. Jatuh masuk longkang.Patah kaki. Nasib baik ada orang nampak. Dia hantar kau balik rumah. Kau sampai rumah, dari gate luar, kau mengesot masuk rumah. Aku tahu. Aku gaduh dengan kau waktu tu. Adik aku yang cerita. Aku buat pekak je.

Aku dapat sms kau masa tu. Kau accident, kene langgar dengan lori. Kau kat HBM. Aku nangis masa baca tu. Bodoh betul! Aku bagitahu mak ayah, nak lawat kau. Esok tu ayah bawak aku pergi hospital, aku pakai baju kemeja biru sampai lutut yang belang2 tu, sebab kau kata kau suka kemeja tu, sebab aku, aku buat apa je, untuk kau, waktu tu. Aku sampai hospital, jumpa mak tiri kau, aku naik ward kau dgn mamazana. Nampak kau dari jauh, kaki berbalut. Melalak aku duduk sebelah kau. Mamazana tepuk bahu aku, kata kau tak apa apa. Alhamdulillah.

Lepas tu aku bawak kau pusing2 dekat hospital tu, sebab kau kata nak jalan2. Aku ambil wheelchair dekat kaunter, lepastu kita pusing2.Sampai lah ke malam. Aku bawak kau pergi toilet, sebab kau kene mandi. Aku tolong la mandikan. Kemas baju kotor, tunggu kat luar. Dah usai mandi, kau kene masuk tidur. Sampai pukul 9pm jugaklah. Mamazana hantar aku balik rumah.Esok lusa tu, kau nak kene oprate. Aku nak pergi hospital, tapi mamazana kata kau oprate awal pagi, so aku pun tak jadi nak dtg. Alhamdulillah semua selamat. Lepas naik form 2 kau pindah sekolah.

Kau pindah sebab nak ikut boyfriend kau. Aku dengar cerita lepas berapa tahun kau pindah, kau dgn boyfriend baru kau tu jenis bergaduh besar. Satu hari tu dia tendang kau, kau pitam. Sampai jadi kes polis. Aku ikut mamazana dgn papa kau pergi balai. Kau cerita semua benda kat inspector tu. Sampai papa kau cerita satu benda dkt inspector tu, aku mmg tak sangka benda tu. Kau kene tangkap dgn jaim dkt padang dengan boyfriend baru kau. Teruk sangat sampai kene mcm tu! Aku dah pandang kau, kau tunduk je. Bodohnya kau! Apa kau buatttt!

Then kau cerita benda betul, Ya Allah. Aku berbelah bagi nak percaya cakap kau atau tak. Ntahlah weh. Kau kata kau taknak cerita sebab tu aib kau. Kau buat lawak? Dari darjah 6, kau dah cerita aib family kau kat aku, ada aku pecah mulut ke? Sebab aku ikhlas nak jadi kawan kau, aku tutup mulut.

Sekarang? Kau mana datang contact aku. I always start our conversation. Kalau aku tak start dulu, nak harapkan kau? Sampai ke sudah takdenya nak bercontact. Kau kata semalam, kau simpan lagi 'gambar2 kita yang dulu2' then I said, ' Really? Sorry but now I don't trust shit without evidence'. Aku dah tak kesah dah kau nak benci aku ke apa. Sebab aku dah bosan sabar dgn perangai kau yang kacang lupakan kulit. Banyak dah duit aku spent untuk kau, sebab sayang kan. Aku kawan dengan kau sampai mak aku marah aku, sebab aku asyik keluar rumah nak spent time dengan kau. HAH! At the end, ni balasannya.

Moral of the story, aku dapati yang diri aku ni penyabar jugak. Walaupun selalu gaduh dengan kau. Ya ya ya. Setiap tahun, sebelum birthday kau, ada je benda kita nak gaduh. Ntah apehal ntah. So aku mmg takde chance pun nak celebrate birthday kau, wish pun takde sangat, yelah sebab tengah gaduh.

Sekarang ni aku jadi kau punya stalker, any update mesti nak stalk kau punya instagram account and your wechat. I am fucking angry dgn your happiness with your slut honey. Kau layan diorg lebih dari aku yang dah banyak benda sacrifies for you? Thousands of bullshit! Bodohnya aku sebab korbankan banyak benda untuk kau. Kawan2 lain dah malas nak ambil kesah pasal kau. Aku ni je yang belum nak move on.

Aku sakit. Doktor kata aku ni stress. Kau apa tahu? Khabar aku kau takde tanya pun. Aku stress sebab kau. Lama lama aku boleh jadi gila sebab asyik fikir bodohnya aku sebab layan kau mcm princess dulu dulu. Sebab dulu aku fikir kaulah kawan dunia akhirat aku. Aku tinggalkan kawan2 aku yg lain sebab kau. Tapi ni balasan untuk aku? Alhamdulillah, aku doakan kau dapat repay yang sama.

From now on, aku malas nak kenal kau dlm hidup aku. Aku nak lupakan kau. Buang masa aku je. Aku nak buang semua benda pasal kau. YOU ARE NOTHING dah dalam hidup aku.

Friday, July 3, 2015

RAMADHAN KAREEM! (ALLAHU AKRAM)

Assalamualaikum!

Haritu lupa password, so tinggai je blog. Then rasa mcm nak memblogging, so sedaya upaya aku sign in balik.

Harini 4hb Julai 2015 bersamaan 17hb Ramadhan 2015. SANAH HELWAH DIRI SENDIRI! HAPPY BIRTHDAY TO ME! 2 tahun sambut birthday masa bulan Ramadhan. Syukuurrrrr!

Birthday tahun ni banyak dapat hadiah "wishes". Hahahaha, but thanks to my new friend, Zakiah Adibah (zack) sebab bagi pen holder, omey mcm aku. Kakakak, dah besar, so terlimitla nak dpt hadiah. Mak ayah pun tak bagi, tapi umi alyssa buatkan aku cake, Allahu terharu sangattt. Sarangheooo gaisss! Terima kasihh banyak banyak!

Thursday, March 19, 2015

KIFARAH

Assalamualaikum!

Member, mana ajak lepak sekarang. Hahahahaha...

You're totally changed weh. Dan aku pun berubah jugak.. Berubah, markah exam makin merosot. Dapat paper je, gelak tengok markah sendiri.

Malas belajar, malas solat, malas doa. Tu la, padan muka. Allah dah taknak tolong kau. Sebab tu hidup kau macam ni.

Ya Allah kenapa la aku ni malas sgt nak berubah, padahal nak berubah demi kebaikan aku sendiri. Malu jugak dengan orang sekeliling. Kadang kadang bila aku pandang orang lain, Ya Allah aku sedar sangat yg aku ni hina. Hina di mata manusia, dah tentulah lagi hina pada pandangan Allah SWT.

Berangan nak pakai tudung labuh, tapi perangai tak betul. Tak solat, tapi nak pakai tudung labuh. Tak layak weh. Aku nak sabar pun kadang kadang meletups!

Tapi tu lah..

Manusia kan, aku manusia, kau manusia...

Sunday, December 21, 2014

DISAPPOINTED

Assalamualaikum.

Aku dengan result aku dah boleh terjun gaung.

Memalukan mak ayah aku je. Buang masa ayah aku je datang, aku ingatkan boleh bagi straight A's, tapi satu A je yang aku boleh bagi. Serious la aku memang kecewa sangat. Ni baru aku yang kecewa, belum mak dengan ayah lagi. Tapi alhamdulillah aku takde bagi failed dekat mak dengan ayah aku.

Aku memang kecewa dengan kementerian pelajaran sebab diorg tak turunkan gred. Tapi lagi menaikkan gred ada la. Daripada boleh dapat C, terus dapat D. Apa cerita. Kitorang ni dah la first batch, tak berperikemanusiaan langsung. Awal tahun kitorg hooray sebab kementerian pelajaran kata takde exam. Lepas tu lagi berapa bulan dah nak PT3, baru nak bagitahu ada exam. Kelang kabut la nak belajar apa semua. We don't have much time to study. And people said that we are lab rats. 

Aku memang angin kalau next year takde PT3/ditukarkan balik jadi PMR. Soalan KBAT ingat senang? Masa yang diberi tu sikit, tak cukup. Semua student dalam dewan exam terkejar kejar. Kejap kejap tengok jam, takut tak siap punya pasal. Dalam berapa bulan lagi nak exam, cikgu push kitorang, dengan PBS lagi, kerja kursus lagi, PT3 lagi. Batch 99 ni memang sucks la serious aku cakap. Memang sedih la.

Student dekat sekolah aku, takde sorang pun dapat straight A's. Takde. Paling tinggi pun 7A, tu pun 8 orang je yang dapat "best student". Dalam 7A tu pun, diorg ada E. Ingat senang? Nak score straight A's? Kawan aku dapat 3A, tapi ada 2F, dah gagal.

Walaupun aku cuma dapat 1A, at least aku takde F, alhamdulillah. Tapi memang serious la aku cakap, aku dah conteng muka mak ayah aku pakai arang, dah penuh arang dekat muka, penuh sangat sampai dah takde tempat nak conteng.

Tapi tadi ayah cakap, "Takpe, first batch kan. Alhamdulillah la takde gagal." "Ayah nak semua anak anak ayah belajar rajin rajin. Tengok kakak, dah berusaha dah, dah buat macam macam, tapi result tak berapa baik. Takpe." Okay and aku rasa nak nangis sangat because ayah sangat memahami. Mak pun ada pesan pagi tadi, "Tawakal je, terima je apa yang dapat. Lagipun PT3 tak sepenting SPM. First batch.."

Im sorry mak, ayah. Kakak janji kakak nak belajar rajin rajin, nak hilangkan semua arang yang kakak conteng dekat muka mak dengan ayah. IM SORRY!

p/s: Tahniah pada yang dapat straight A's in PT3 2014, kau memang bijak...