Friday, July 18, 2014

Musibah

Assalamualaikum. Lagi berapa hari je nak raya. Banyak benda tak gembira kita dengar. Harini, 18hb Julai, MH17 kene tembak, hancur lebur. Ya Allah tempatkan lah mereka dikalangan orang yang beriman. MH370 hilang entah ke mana. Gaza dibom, rakyat Palestin dibunuh. Ya Allah sebaknya.

Kesian budak budak yang tak berdosa, mati kene bunuh, kene bom. Tapi dorang tak mati sia sia, syurga menanti. Manisnya syurgaMu Ya Allah. Tempatkanlah aku dan ahli keluarga ku serta kaum muslimin dan muslimat di syurgaMu juga Ya Allah.

Malaysia dulunya diuji dengan keselesaan, kenikmatan hingga lupa pada Yang Maha Esa. Sekarang, jangan pernah menganggap dugaan ini sebagai bala, tetapi bersyukurlah sebab Allah sayang kita, Allah tetap bagi peringatan dekat kita masa kita lalai ni. Allah rindu doa kita. Mungkin, last kita doa masa kehilangan MH370. Siapa tahu?

Aku pun tak perfect. This is note for myself juga. Solat? Aku pun tinggalkan. Jujurlah, aku jahil jugak. Aku lalai juga. Nak exam tapi diri buat hal sendiri. Buku latihan tak buka tak buat. Solat aku tinggal. Nak ke Allah bagi aku kesenangan nanti?

Kadang kadang, terlintas dalam fikiran juga. Kenapa orang bukan muslim yang tak pernah sesekali sembah Allah, boleh senang? Then aku cakap dekat diri sendiri, "aku muslim, kalau aku tak belajar pun mesti Allah tolong aku, sebab aku dilahirkan dalam agama Islam yang suci." Tapi aku salah sebab fikir macam tu.

Baru aku tahu, Allah bagi orang bukan muslim senang dekat dunia, sebab dekat akhirat nanti dorang akan susah, merana, terbakar hangus. Tak sedap je hati ni rasa. Ya Allah, jahilnya aku bila ingat dosa lalu. Jujur aku kata, aku lalai. Aku cakap je nak solat, tapi, "nantilah..". Sampai bila nak nanti, kan?

Hati liat untuk berubah ke jalan yang lebih cerah. Semakin lama tinggal solat, hidup semakin susah. Terlalu selesa. Sangat selesa. Puasa, tapi tak solat. Bila aku nak sedar ni? Aku tak nak mati dalam kejahilan. Siapa yang nak? Takde siapa. Semoga kita mati dalam iman, dan kita jumpa di syurga nanti, insyaAllah. Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment